Langkau ke kandungan utama

Bila Battery Habis Tengah Guna Komputer

 

Intro

Dulu-dulu saya minat guna wireless mouse dan wireless keyboard sebab di atas meja tidak berselerak. Selama itu, memang wireless keyboard dan wireless mouse. Saya check dari internet, response wireless keyboard dan wireless mouse ada lagging sikit berbanding wired keyboard dan mouse....tetapi bezanya kita tidak rasa lah...lagipun kita tidak perlu secepat itu juga.

Penggunaan wireless devices, masaalah yang paling ketara apabila battery power hilang ketika kita buat kerja yang kita rasa penting. Sudahlah, hilang power dan stok pun habis juga. Tengah malam lagi atau pada waktu-waktu yang tidak sesuai.

Pengalaman yang kadang-kadang rasa marah !

Situasi Yang Selalu Berlaku

Masa kita tengah syok guna komputer, buat Quotation atau Invoice...pandailah battery keyboard atau mouse hilang kuasa. Klik-klik tetikus pun tidak bergerak, atau keyboard tidak responsif, keyboard lambat responsif. Buka drawer sana-sini cari battery tapi malannya tidak ada stock lagi...kena curi battery jam dinding atau bettery device yang lain yang sama saiz...atau terpaksa keluar ke kedai untuk beli yang baru

Mula Fikir Penyelesaian

Oleh pengalaman macam ini, terfikir untuk mencari penyelesaian cara-cara untuk menyelamatkan keadaan bila stok habis. Biarpun saya selalu pegang kerja elektrikal atau solar, pandai juga saya lalai tidak terfikir cara menyelesaikan masalah sendiri. Mungkin manusia memang macam itu.

Mulalah saya terikir cara-cara untuk menyelesaikan masalah sendiri. Browse Shopee, Temu dan laman web lain untuk mencari charger. Berkali-kali browse jenis charger-charger yang sesuai tetapi tidak juga saya beli sebab banyak pilihan. Dan saya pun terfikir, kalau beli online, mungkin lebih mahal sebab melibatkan shipping cost. Jadi saya terjuma set charger di kedai 100% super store.

Terbeli Charger

Terdapat satu brand di 100% Super Store, nampak juga macam sama saja yang dijual di Shopee. Saya pun terfikir, apa-apa brand, kemungkinan besar semua itu sama, cuma direbrand oleh penjual.
Saya pun beli satu unit dan cuba charge unit-unit battery rechargeable.

AAA, AA Battery dan Charger


Pengalaman Selepas Guna Rechargeable Battery

Masa charging rechargeable battery yang saya sudah guna di jam dinding, macam charging berjam-jam pun tidak penuh...indicator lampu merah berkelip merah saja sepanjang masa selama beberapa jam ..mungkin lebih dari 6 jam. Lepas saya check di internet, memang charging AAA atau AA battery akan mengeluarkan indicator merah yang sangat lama, sentiasa merah sebab charger itu dan battery bukan jenis charger dan battery yang kita guna untuk handphone atau fast charging devices yang lain. 

Yang bagusnya, sekarang saya pasti memiliki battery cadangan sekiranya baterai keyboard dan mouse saya tiba-tiba kehilangan daya.
Yang peliknya, selepas saya mempunyai stock rechargeable battery dan charger, battery Mouse dan keyboard tidak pula cepat habis macam sebelum ini.

Perbandingan Dengan Dulu

Dulu-dulu masa tidak guna rechargeable battery dan adanya charger, battery cepat betul kehabisan power. Tetap selama ini, saya rasa setahun sudah, macam stabil sahaja kuasa bateri tidak habis-habis. Ada kemungkinan quality rechargeable battery lebih bagus berbanding dengan one-off use battery, biarpun penggunaan yang "branded" dan mahal. Atau itu semua baterai palsu !

Rumusan

Benda kecil dan murah, tetapi membantu kerja harian dengan sangat baik. Kadang-kadang benda bergini kita terlepas pandang. Nasib baik saya tidak berurusan dengan pelanggan yang bernilai berjuta-juta ringgit.

Ulasan

Feature Post

Kenapa Orang Sekarang Lebih Panik Hilang Phone Daripada Hilang Wallet

Perubahan budaya manusia berlaku sangat cepat sekarang sehingga kita lupa apa yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kadang perut lapar pun lupa. Cerita ini bukan cerita yang baru dan kebanyakan manusia mengalami keadaan ini selagi kita pegang alat smartphone. Busy with his smartphone Sehingga tahun 2005, wallet kita lebih penting dalam kehidupan harian tetapai selepas tahun 2005 hingga ke hari ini dan tahun tahun mendatang, phone lebih penting daripada dompet bagi kebanyakan orang. Apakah yang akan berlaku selepas handphone? Adakah telefon akan masih menguasai kehidupan kita selepas 10 tahun akan datang? Sebab telefon sekarang bukan lagi “alat komunikasi”. Ia sudah jadi identiti, bank, hiburan, pejabat, kamera, peta, dan kad akses hidup harian, sekali gus termasuk nyawa kita dan kesihatan keluarga bergantung kepada gajet ini. Dulu orang keluar rumah akan tepuk poket belakan: “Wallet ada?” Kalau wallet ada, baru sah untuk keluar dari rumah ke tempat lain.  “kunci ada?” - kalau ...

Kematian Teknologi PayPhone menjadi masaalah kepada yang hidup

Pada era tahun 1980’an hingga ke era 1980’an, Kerajaan Malaysia dan Syarikat-syarikat telah memasang sekitar 60,000 public phone di seluruh negara. Mula-mula dengan era TM and Uniphone. Public phone masa itu diguna dengan memasukkan syiling 10 sen, 20 sen atau 50 sen. Tapi pada tahun 1990’an, system telah dimajukan sedikit dimana kad boleh digunakan. Pada masa itu, phonecard adalah kad yang mesti ada dalam dompet selain daripad kad bank dan kad pengenalan. Bangkai Public Phone Bangkai Public Phone Saya masih ingat lagi payphone itu semua boleh di “hack” dimana sesiapa yang pakar “hack” boleh guna berja-jam sehingga telinga mereka berasap!..tetapi kalua di Kawasan orang ramai, susah juga mahu hack sebab ramai orang lain perlu gunakan pada masa masa tertentu, tetapi pakar hacker itu semua akan hack juga Ketika semua orang lain sudah tidur, terutama untuk menelefon ke luar negara. Pada penghujung 90’an..kedatangan mobile teknologi seperti ATUR 50, dan seterusnya GSM, barisan yang menu...

Apabila AI Melukis Budaya Dayak: Cantik Tetapi Tidak Semestinya Tepat

  Intro Apa yang saya tahu berkaitan dengan Gawai Dayak ,ialah ia bukan pesta yang kita nampak seperti dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi lebih kepada perayaan “Thanksgiving”. Walau Bagai manapun, perayaan ini disambut mengikut peredaran zaman dan status ekonomi. Bukan saja berkaitan dengan hari gawai tetapi perubahan itu berlaku juga kepada pesta atau perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan sebagainya, dan juga berubah secara global.   Posting-posting dalam sosial media dan banner-banner di mana -mana.   Selepas beberapa hari melihat banyak posting-posting dalam media sosial, saya tengok macam ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan mesej Hari Gawai Dayak. Saya sedar kebanyakannya, praktikalitinya semua,  dicipta menggunakan A.I. Macam tidak ada satu pun yang tepat melambangkan budaya suku kaum tertentu. Kemungkinan prompt yang digunakan kurang tepat. Ini mungkin orang yang memberi arahah atau prompt kepada AI itu kurang focus dan t...